Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/ir.unikl.edu.my/35440
Title: TADBIR URUS DIGITAL DALAM INSTITUSI ZAKAT: SATU SOROTAN LITERATUR DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH / DIGITAL GOVERNANCE IN ZAKAT INSTITUTION: A LITERATURE REVIEW FROM THE PERSPECTIVE OF MAQASID AL-SYARIAH
Authors: Siti Nurulizah Musa
Norizan Hassan
Wan Nor Hana Wan Ismail
Siti Nurmaisarah Fkhururazi
Siti Zarizza Bajuri
Siti Hajar Hussein
(UniKL MITEC)
Keywords: Filantropi Islam,
Institusi Zakat,
Maqasid Syariah,
Tadbir Urus Digital,
Transformasi Digital
Issue Date: 16-Nov-2026
Abstract: Transformasi digital yang semakin berkembang telah memberi kesan terhadap pelbagai sektor, termasuk institusi filantropi Islam seperti institusi zakat. Pendigitalan dalam pengurusan zakat bukan sahaja melibatkan penggunaan teknologi, malah turut menuntut kerangka tadbir urus yang menjamin ketelusan, akauntabiliti, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kepercayaan masyarakat. Namun demikian, meskipun aspek transformasi digital dalam institusi zakat telah dibincangkan dalam pelbagai kajian, aplikasi dalam kerangka Maqasid Syariah masih memerlukan penelitian yang lebih menyeluruh. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep dan elemen utama tadbir urus digital dalam institusi zakat serta menganalisis kesesuaiannya daripada perspektif Maqasid Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan sorotan literatur dengan meneliti kajian-kajian terdahulu berkaitan tadbir urus digital, transformasi digital dalam pengurusan zakat dan prinsip Maqasid Syariah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan tadbir urus digital dalam institusi zakat berupaya meningkatkan keberkesanan kutipan dan agihan zakat melalui penggunaan teknologi seperti sistem pengurusan digital, analitik data dan platform pembayaran dalam talian. Menurut perspektif Maqasid Syariah, inovasi digital dalam pengurusan zakat selari dengan matlamat pemeliharaan harta (hifz al-mal), pemeliharaan kebajikan masyarakat (hifz al-nafs) dan pencapaian maslahah umum. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tadbir urus digital masih berhadapan dengan beberapa cabaran seperti keselamatan data, literasi digital, kepercayaan pengguna dan keperluan pematuhan syariah. Kajian ini merumuskan bahawa pembangunan tadbir urus digital institusi zakat perlu berteraskan prinsip Maqasid Syariah bagi memastikan inovasi teknologi bukan sahaja mencapai kecekapan pengurusan, tetapi turut memenuhi nilai amanah, keadilan dan kemaslahatan umat.
URI: http://hdl.handle.net/ir.unikl.edu.my/35440
Appears in Collections:Conference Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
TADBIR URUS DIGITAL DALAM INSTITUSI ZAKAT.pdf286.19 kBAdobe PDFView/Open    Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.