Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/ir.unikl.edu.my/35440Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.author | Siti Nurulizah Musa | - |
| dc.contributor.author | Norizan Hassan | - |
| dc.contributor.author | Wan Nor Hana Wan Ismail | - |
| dc.contributor.author | Siti Nurmaisarah Fkhururazi | - |
| dc.contributor.author | Siti Zarizza Bajuri | - |
| dc.contributor.author | Siti Hajar Hussein | - |
| dc.contributor.author | (UniKL MITEC) | - |
| dc.date.accessioned | 2026-11-16T02:07:31Z | - |
| dc.date.available | 2026-11-16T02:07:31Z | - |
| dc.date.issued | 2026-11-16 | - |
| dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/ir.unikl.edu.my/35440 | - |
| dc.description.abstract | Transformasi digital yang semakin berkembang telah memberi kesan terhadap pelbagai sektor, termasuk institusi filantropi Islam seperti institusi zakat. Pendigitalan dalam pengurusan zakat bukan sahaja melibatkan penggunaan teknologi, malah turut menuntut kerangka tadbir urus yang menjamin ketelusan, akauntabiliti, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kepercayaan masyarakat. Namun demikian, meskipun aspek transformasi digital dalam institusi zakat telah dibincangkan dalam pelbagai kajian, aplikasi dalam kerangka Maqasid Syariah masih memerlukan penelitian yang lebih menyeluruh. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep dan elemen utama tadbir urus digital dalam institusi zakat serta menganalisis kesesuaiannya daripada perspektif Maqasid Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan sorotan literatur dengan meneliti kajian-kajian terdahulu berkaitan tadbir urus digital, transformasi digital dalam pengurusan zakat dan prinsip Maqasid Syariah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan tadbir urus digital dalam institusi zakat berupaya meningkatkan keberkesanan kutipan dan agihan zakat melalui penggunaan teknologi seperti sistem pengurusan digital, analitik data dan platform pembayaran dalam talian. Menurut perspektif Maqasid Syariah, inovasi digital dalam pengurusan zakat selari dengan matlamat pemeliharaan harta (hifz al-mal), pemeliharaan kebajikan masyarakat (hifz al-nafs) dan pencapaian maslahah umum. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tadbir urus digital masih berhadapan dengan beberapa cabaran seperti keselamatan data, literasi digital, kepercayaan pengguna dan keperluan pematuhan syariah. Kajian ini merumuskan bahawa pembangunan tadbir urus digital institusi zakat perlu berteraskan prinsip Maqasid Syariah bagi memastikan inovasi teknologi bukan sahaja mencapai kecekapan pengurusan, tetapi turut memenuhi nilai amanah, keadilan dan kemaslahatan umat. | en_US |
| dc.subject | Filantropi Islam, | en_US |
| dc.subject | Institusi Zakat, | en_US |
| dc.subject | Maqasid Syariah, | en_US |
| dc.subject | Tadbir Urus Digital, | en_US |
| dc.subject | Transformasi Digital | en_US |
| dc.title | TADBIR URUS DIGITAL DALAM INSTITUSI ZAKAT: SATU SOROTAN LITERATUR DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH / DIGITAL GOVERNANCE IN ZAKAT INSTITUTION: A LITERATURE REVIEW FROM THE PERSPECTIVE OF MAQASID AL-SYARIAH | en_US |
| dc.conference.name | 7th INTERNATIONAL VIRTUAL CONFERENCE OF ZAKAT, WAQF & ISLAMIC PHILANTHROPY | en_US |
| dc.conference.year | 2026 | en_US |
| Appears in Collections: | Conference Paper | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| TADBIR URUS DIGITAL DALAM INSTITUSI ZAKAT.pdf | 286.19 kB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
Institutional Repository (UniKL IR)