Abstract:
Pengamalan nilai Islam di kalangan pelajar beragama Islam khususnya di peringkat sekolah
menengah dikatakan menjadi antara faktor penyumbang ke arah kecemerlangan akademik.
Kajian ini merupakan kajian perbandingan yang bertujuan melihat perbezaan amalan dan
nilai Islam di antara pelajar cemerlang penerima Anugerah Dekan dan pelajar sederhana di
Universiti Kuala Lumpur MFI, BMI dan MIAT. Objektif kajian adalah untuk melihat apakah
terdapat perbezaan nilai dan amalan Islam di antara dua kumpulan pelajar tersebut yang
berperanan dan menyumbang ke arah pencapaian akademik mereka yang berbeza. Kajian ini
dilaksanakan melibatkan soal selidik terhadap sejumlah 369 orang pelajar di tiga buah institut
di bawah UniKL yang terletak di Bangi, Sepang dan Gombak. Data yang didapati telah
dianalisis menggunakan perisian pakej statistik untuk penyelidikan dalam bidang sains sosial
(SPSS 11.5) dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara pelajar cemerlang dan sederhana dalam tiga bahagian
kajian (solat, wirid & gaya hidup). Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan secara stastistik bersamaan dengan nilai t, P < 0.05.