Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4756
Title: Easifrench Perisian Holistik Atas Talian Berasaskan Sistem Pengurusan Kandungan
Authors: Kamaruzzaman Ismail
Keywords: Model Kitar Hayat Holistik
multimedia
EASIFRENCH
reka bentuk berarahan
Issue Date: 25-Nov-2013
Abstract: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangun prototaip Perisian Bahasa Perancis Asas berasaskan web (EASIFRENCH) yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang interaktif, efektif dan inovatif. Fasa pertama metodologi kajian melibatkan pembangunan Perisian Bahasa Perancis Asas (EASIFRENCH) yang telah dibangunkan dari aspek pendekatan pedagogi, strategi pembelajaran, teori-teori pembelajaran dan unsur-unsur multimedia. Responden kajian adalah terdiri dari 4 panel pakar dan 56 pelajar dan 3 pensyarah dari UniKL Malaysia France Institute (UniKL MFI). Dalam kajian ini, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan kajian yang berasingan, iaitu seramai 28 orang mengikuti mata pelajaran bahasa Perancis asas menggunakan EASIFRENCH (kumpulan rawatan) sementara 28 pelajar lagi mempelajari bahasa Perancis secara konvensional (kumpulan kawalan). Dalam kajian ini, sembilan instrumen digunakan untuk mengumpul data, analisis keperluan (mengenalpasti masalah dalam P&P semasa), penilaian perisian EASIFRENCH secara formatif dan sumatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian EASIFRENCH berjaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang interaktif, efektif dan inovatif. EASIFRENCH juga telah berjaya menerapkan strategi pembelajaran kendiri, aktif, penguasaan, anjal dan kolaboratif dan mengadaptasi teori behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Penyelidikan ini telah berjaya menyumbang kepada aspek berikut : (i) reka bentuk metodologi pembangunan EASIFRENCH yang dikenali sebagai Model Kitar Hayat Holistik EASIFRENCH; (ii) reka bentuk model reka bentuk berarahan; (iii) pembangunan prototaip perisian bahasa Perancis Asas EASIFRENCH;
Description: Conference Venue : UniKL MFI
URI: http://ir.unikl.edu.my/jspui/handle/123456789/4756
Appears in Collections:Conference Paper



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.