Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/22661
Title: Kesan Penyejukan: Bagaimana Ia Dihasilkan?
Authors: Mohamad Asmidzam Ahamat
Issue Date: 2019
Publisher: UniKL Publishing
Abstract: ‘Kesan Penyejukan: Bagaimana ia Dihasilkan’ merupakan sebuah buku yang menggabungkan tentang keperluan sistem penyejukan di dalam kehidupan manusia, kesan sistem penyejukan terhadap alam sekitar dan teknik-teknik menghasilkan kesan penyejukan. Buku ini diakhiri dengan perbincangan ringkas tentang sistem penyejukan masa hadapan. Sistem penyejukan merupakan satu keperluan di dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, peti sejuk beroperasi tanpa henti setiap hari untuk beberapa tahun. Jika bekalan kuasa elektrik peti sejuk di rumah anda terputus untuk satu tempoh yang panjang, makanan akan rosak dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Perjalanan menggunakan kenderaan pula tidak akan menyeronokkan jika sistem penyaman udara tidak berfungsi dengan baik. Pembedahan tidak dapat dijalankan jika sistem penyaman udara di dalam bilik bedah gagal berfungsi seperti yang dikehendaki. Kita tidak mungkin dapat menikmati juadah daging kambing import jika tiada rantaian sistem pengankutan yang dilengkapi dengan sistem penyejukan. Selain daripada menghasilkan kesan penyejukan, sistem penyejukan juga menyebabkan kesan kurang baik terhadap alam sekitar. Kemusnahan lapisan ozon, pemanasan global dan krisis sumber tenaga merupakan kesan buruk daripada sistem penyejukan. Buku ini juga membincangkan secara terperinci tentang bahan pendingin yang bertindak sebagai pengangkut haba di dalam sistem penyejukan. Sehingga ke hari ini, hanya sistem penyejukan mampatan wap yang digunakan secara meluas. Teknik penyejukan menggunakan tenaga haba, termoelektrik, tiub vorteks dan beberapa teknik lain adalah amat janggal dan kurang diketahui umum meskipun bagi sebahagian individu yang terlibat di dalam industri penyejukan. Oleh itu, buku ini akan memberi pendedahan kepada pembaca tentang konsep-konsep asas teknik menghasilkan kesan penyejukan secara menyeluruh. Sistem penyejukan masa hadapan dibincangkan di penghujung buku ini. Teknik penulisan yang digunakan di dalam buku ini sesuai untuk bacaan pelajar bidang penyejukan dan masyarakat umum. Dari segi strategi penulisan, semua bab di dalam buku ini boleh dibaca secara berasingan tanpa menjejaskan kelangsungan maklumat berkaitan topik sebelum atau selepasnya. Usaha telah dilakukan untuk memastikan setiap bab boleh berdiri dengan sendirinya. Selamat membaca!
URI: http://ir.unikl.edu.my/jspui/handle/123456789/22661
ISSN: 978-967-2184-18-8
Appears in Collections:Book

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KESAN PENYEJUKAN BAGAIMANA IA DIHASILKAN.pdf111.79 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.