Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/10267
Title: Kesan Latihan Kecerdasan Emosi Terhadap Kecerdasan Emosi Dan Budaya Usahawan: Satu Analisis.
Authors: Jimisiah Jaafar
Hamdan Abdul Kadir
(UniKL MITEC)
Keywords: Kecerdasan emosi
Budaya usahawan
Usahawan
Issue Date: 22-Jun-2015
Abstract: Kajian ini adalah untuk melihat kesan latihan kecerdasan terhadap kecerdasan emosi dan budaya usahawan sebagai satu analisis di kalangan usahawan. Kecerdasan emosi dan budaya usahawa amat berkait rapat dengan usahawan. Antara faktor kejayaan usahawan adalah dengan memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Selain dari memiliki tahap pendidikan yang tinggi, mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi juga dapat membantu seseorang usahawan itu menjadi lebih berjaya dari usahawan yang mempunyai kecerdasan emosi yang rendah. Kedua-duanya perlu seimbang. Dengan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi seseorang usahawan itu dapat menguruskan perniagaannya dengan lebih teratur dan lebih berdisplin. Ini akan dapat membentuk satu budaya usahawan yang positif. Mereka juga dapat menyesuaikan diri mereka di dalam apa juga situasi untuk terus menguruskan perniagaan dan menyelesaikan masalah secara terbaik. Budaya uahawan pula adalah mengenai perilaku serta aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan di dalam menguruskan perniagaan usahawan. Setiap apa yang dilakukan oleh usahawan ianya menggambarkan tingkahlaku usahawan samada untuk kemajuan perniagaan mereka ataupun untuk kegagalan perniagaan mereka. Usahawan perlu berusaha untuk meningkatkan disiplin dan kecerdasan emosi mereka untuk terus berjaya di dalam apa juga bidang yang diceburinya. Terutama apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kecekapan untuk membuat keputusan dan pilihan yang terbaik. Kecerdasan emosi mempengaruhi cara usahawan menjalankan perniagaan mereka. Usahawan perlu melakukan aktiviti-aktiviti usahawan secara positif untuk terus maju dan berdaya tahan dengan pesaing. Latihan yang diberikan kepada kumpulan eksperimen adalah untuk melihat saada terdapat perbezaan sebelum dan selepas latihan diberikan. Ujian akan dibuat melalui ujian pra dan ujian pos. Dua kumpulan akan di pilih melalui pilihan rawak berpadanan yang akan dikenali sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hanya kumpulan eksperimen yang akan diberikan latihan. Namun kedua-dua kumpulan akan diberikan soal selidik bagi ujian pra dan ujian pos.
Description: Conference venue: Lombok, Indonesia
URI: http://localhost/xmlui/handle/123456789/10267
Appears in Collections:Conference Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan Latihan Kecerdasan Emosi Terhadap Kecerdasan Emosi Dan Budaya Usahawan. Satu Analisis.pdfKesan Latihan Kecerdasan Emosi Terhadap Kecerdasan Emosi Dan Budaya Usahawan: Satu Analisis.395.27 kBAdobe PDFView/Open    Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.