Abstract:
Kertas kerja ini menjelaskan analisis penilaian pelajar terhadap subjek Mata Pelajaran Umum (MPU 3) Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia yang ditawarkan kepada pelajar ijazah sarjana muda di UniKL MITEC pada tahun pertama subjek ini diperkenalkan. MPU 3 merupakan Mata Pelajaran Umum yang bertemakan Malaysia. Lantaran majoriti mahasiswa UniKL adalah beragama Islam dan Bumiputera, subjek ini digubal pada awal 2013 dengan usaha para pensyarahnya dengan mengemukakan tujuh bab utama yang mengandungi isu-isu semasa Muslim khususnya di Malaysia. Penilaian yang digunakan ialah dengan menggunakan docs.google.com/spreadsheet yang disediakan oleh injin carian Google dan dimasukkan ke dalam sistem e-learning UniKL MITEC yang menggunakan tapak Moodle sebagai platform. Analisis penilaian subjek dibuat menggunakan aturcara ATLAS.ti dengan pengekodan kepada hasil kursus, kandungan, komentar, cadangan dan pembangunan modul. Hasil daripada analisis ini berguna bagi tujuan pembangunan modul dan juga penambahbaikan mata pelajaran ini pada masa akan datang.