DSpace Repository

Halangan Usahawan Muslim Dalam Pembiayaan Perdagangan Di Institusi Perbankan Islam : Satu Kajian Awal

Show simple item record

dc.contributor.author Norsazali Abdullah, Mohd Daud Awang
dc.contributor.author Mohd Hisham Dato Hj. Yahya, MIIT
dc.date.accessioned 2014-06-25T03:39:03Z
dc.date.available 2014-06-25T03:39:03Z
dc.date.issued 2014-06-25
dc.identifier.uri http://localhost/xmlui/handle/123456789/7093
dc.description.abstract Artikel ini bertujuan untuk melihat dan menganalisa faktor penghalang atau rintangan yang dihadapi oleh usahawan Muslim di Lembah Kelang dalam mendapatkan pembiayaan perdagangan dari institusi perbankan Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan Bank Perusahaan Kecil Sederhana Malaysia Berhad atau Small Medium Enterprise Bank (SME Bank). Menurut beberapa kajian lepas dan juga analisa terhadap hasil temu bual yang telah dijalankan oleh penyelidik, di dapati ianya telah menunjukkan bahawa para usahawan Muslim amat memerlukan pembiayaan perniagaan dari institusi perbankan Islam untuk memulakan perniagaan dan juga memperkembangkan perniagaan yang sedia ada. Namun demikian, terdapat beberapa faktor penghalang atau rintangan yang telah dikenalpasti oleh penyelidik melalui method temu bual mendalam (in-depth interview) yang dijalankan terhadap 6 orang pegawai bank selaku informan dan juga 8 orang usahawan Muslim selaku responden yang telah memperolehi pembiayaan dari empat institusi perbankan Islam yang menjadi lokasi kajian ini. Beberapa faktor penghalang dan rintangan ini telah memberikan kesan kepada pembangunan bidang keusahawanan di negara ini yang mana usahawan telah menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan, apatah lagi untuk mengembangkan perniagaan mereka. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mendapatkan jalan penyelesaian dan mengatasi faktor penghalang yang wujud, demi kebaikan institusi perbankan Islam, para usahawan dan pihak kerajaan dalam memajukan bidang keusahawanan di Malaysia khususnya. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.subject Faktor Penghalang en_US
dc.subject Usahawan Muslim en_US
dc.subject Pembiayaan Perdagangan en_US
dc.subject Perbankan Islam en_US
dc.title Halangan Usahawan Muslim Dalam Pembiayaan Perdagangan Di Institusi Perbankan Islam : Satu Kajian Awal en_US
dc.conference.name Konvensyen Serantau Pengajian Malaysia en_US
dc.conference.year 2014 en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account