| dc.description.abstract |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangun prototaip Perisian Bahasa Perancis
Asas berasaskan web (EASIFRENCH) yang menyediakan persekitaran pembelajaran
yang interaktif, efektif dan inovatif. Fasa pertama metodologi kajian melibatkan
pembangunan Perisian Bahasa Perancis Asas (EASIFRENCH) yang telah dibangunkan
dari aspek pendekatan pedagogi, strategi pembelajaran, teori-teori pembelajaran dan
unsur-unsur multimedia. Responden kajian adalah terdiri dari 4 panel pakar dan 56
pelajar dan 3 pensyarah dari UniKL Malaysia France Institute (UniKL MFI). Dalam
kajian ini, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan kajian yang berasingan, iaitu
seramai 28 orang mengikuti mata pelajaran bahasa Perancis asas menggunakan
EASIFRENCH (kumpulan rawatan) sementara 28 pelajar lagi mempelajari bahasa
Perancis secara konvensional (kumpulan kawalan). Dalam kajian ini, sembilan
instrumen digunakan untuk mengumpul data, analisis keperluan (mengenalpasti masalah
dalam P&P semasa), penilaian perisian EASIFRENCH secara formatif dan sumatif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian EASIFRENCH berjaya menyediakan
persekitaran pembelajaran yang interaktif, efektif dan inovatif. EASIFRENCH juga
telah berjaya menerapkan strategi pembelajaran kendiri, aktif, penguasaan, anjal dan
kolaboratif dan mengadaptasi teori behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme.
Penyelidikan ini telah berjaya menyumbang kepada aspek berikut : (i) reka bentuk
metodologi pembangunan EASIFRENCH yang dikenali sebagai Model Kitar Hayat
Holistik EASIFRENCH; (ii) reka bentuk model reka bentuk berarahan; (iii)
pembangunan prototaip perisian bahasa Perancis Asas EASIFRENCH; |
en_US |