Abstract:
Amalan beragama masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia banyak dilihat kepada pengamalan agama dan kepercayaan asal nenek moyang mereka. Namun, kajian dalam pengamalan agama Islam masyarakat Orang Asli Muslim Seletar di negeri Johor masih tidak banyak ditelusuri. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penulisan tentang amalan beragama masyarakat Orang Asli Muslim Seletar khususnya di negeri Johor dalam tempoh satu dekad, bermula pada tahun 2014 sehingga tahun 2023. Kajian ini menggunakan analisis bibliometrik terhadap penerbitan ilmiah yang ditemui berdasarkan satu pangkalan data sahaja iaitu Google Scholar.