| dc.description.abstract |
Buku ini adalah hasil dari suntingan daripada beberapa penulisan akademik yang merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia berkenaan isu-isu Alam Sekitar dan Kelestarian. Buku ini juga, telah disunting oleh beberapa ahli akademik yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing. Buku ini memaparkan beberapa isu, cabaran dan mitigasi terhadap permasalahan isu-isu semasa berkaitan Alam Sekitar dan Kelestarian.
Buku yang memuatkan 8 tajuk makalah dari bidang Alam Sekitar dan Kelestarian ini bukan sahaja berjaya membekalkan kepelbagaian maklumat ilmu berkaitan isu-isu persekitaran fizikal dan sosial, malah dapat membantu golongan penyelidik, badan-badan berkempentingan, pendidik, pelajar dan kesemua lapisan masyarakat dalam memahami konsep, isu, cabaran dan mitigasi terhadap isu-isu persekitaran fizikal dan sosial dalam pelbagai bidang yang telah dikupas secara terperinci. |
en_US |