Abstract:
Ancaman bukan ketenteraan dilihat semakin mendominasi agenda politik dunia antaranya termasuklah isu pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, penyeludupan migran asing dan sebagainya. Isu pemerdagangan manusia merupakan isu global yang melanda kebanyakan negara di dunia termasuklah Malaysia. Selaku negara yang mengiktiraf hak asasi manusia, Malaysia menolak sekeras-kerasnya perbuatan memperdagangkan orang. Hal ini juga bertepatan dengan pandangan Islam yang turut menegah pemerdagangan manusia. Artikel ini membincangkan berkaitan dengan isu pemerdagangan manusia di Malaysia dan pandangannya menurut Islam. Metod penulisan adalah berasaskan pendekatan kualitatif iaitu melalui penyelidikan kepustakaan. Bahan-bahan seperti buku, jurnal ilmiah, internet dan laporan kerajaan dianalisis untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan artikel ini.