Abstract:
Kesungguhan empat pelajar bersama-sama mentor mereka dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus Malaysia Spanish Institute (MSI), Kulim, Kedah, memperkenalkan teknologi berasaskan minyak sawit untuk industri pembinaan pesawat, nyata membuahkan hasil apabila kumpulan mereka terpilih sebagai salah satu daripada 100 kumpulan yang layak memasuki pusingan kedua cabaran 'Fly Your Idea With Airbus 2015'.